Monday, September 17, 2018

Kisah Rumah Tangga

Premis : Kisah seorang isteri yang cuba menghalang suaminya berkahwin lagi satu namun dia cuma ada masa sebulan untuk memenangi semula hati suaminya.

Logline : Amira (28) mendapat tahu suaminya Zull (32) mulai rapat dengan seorang wanita muda bernama Laila (25) .Dia tidak percaya kerana yakin dengan cinta suaminya sehinggalah Zull sendiri berterus-terang akan keinginannya menikahi Laila. Tidak mahu mengalah begitu sahaja ,Amira memberi syarat kepada Zull untuk mengikuti semua keinginannya selama sebulan agar mendapat keizinannya.

Plot point -(intro)  Amira akhirnya hamil setelah dua tahun menanti dengan penuh sabar.Suaminya Zull merasa sangat bahagia disamping bakal mendapat cahaya mata ,perniagaannya juga semakin berkembang. Setelah lahirnya buah hati mereka yang dinamakan Afiq  masing-masing sudah sibuk dengan aktiviti seharian .

Plot point -(konflik) Tanpa sedar Zull semakin rapat dengan Laila ,akauntan cantik yang bekerja di syarikat pembekal yang bekerjasama dengan syarikat Zull. Rakannya Taufik (32) cuba untuk menasihati Zull tetapi tidak diendahkan.

Plot point -midpoint/reveal  Laila dengan mudah telah jatuh cinta kepada Zull kerana Zull selalu memberi masukan kepada Laila saat dia memerlukan .Laila selalu bercerita tentang kegagalannya cintanya yang lalu membuatkan mereka semakin rapat. Lantaran itu Laila sudi berkongsi kasih sekiranya ada ruang untuknya di hati Zull.

Plot point -(klimaks)  Zull akhirnya berani berterus terang tentang hasratnya untuk menikahi Laila menyebabkan Amira mengamuk besar. Namun berjaya ditenangkan oleh sahabatnya Lissa , Amira bertekad tidak akan menyerah kalah begitu sahaja akan memenangi semula hati suaminya .

Plot point -(ending) Setelah sebulan berlalu seperti yang dijanjikan Zull akan berkahwin dengan Laila namun jauh di sudut hatinya rindu untuk Amira semakin mendalam. Pada saat Amira menyangka cintanya telah kalah ,Zull muncul di depan pintu dan memohon kemaafan .


Kisah Rumah Tangga

Premis : Kisah seorang isteri yang cuba menghalang suaminya berkahwin lagi satu namun dia cuma ada masa sebulan untuk memenangi semula hati ...