Thursday, January 13, 2011

Cerpen:Nur Amira-Part 1

    Nur Amira tersenyum membaca setiap baris perkataan yang tertulis pada sehelai surat yang baru diterimanya pagi tadi.Ia adalah surat tawaran belajar daripada sebuah universiti awam yang selama ini diimpikannya.
    "Nur..."tiba-tiba suara Pak Abdul mengejutkannya.Dia cepat-cepat meletakkan surat tadi di atas meja dan bergegas ke bilik Pak Abdul.
    "Ayah...kenapa ni ayah?"Nur Amira cemas melihat ayahnya yang mengurut-urut dada.
    "Dada ayah sakit tiba-tiba..."
    "Nur bawa ayah pergi klinik ya..."
    "Takpe lah Nur bagi ayah minum ubat saja,sekejap lagi baik la ni jangan lah nak bazir duit sangat.Ini pun dah dekat seminggu ayah tak pergi menoreh,kita kena berjimat..."sambung Pak Abdul lagi.
    "Tolong lah ayah kita pergi klinik sekarang ya...Nur ada duit yang penting kesihatan ayah terjamin.."air mata Nur mengalir sambil mengusap-usap dada ayahnya.
    "Tapi ..."
    "Tolong lah ayah...ayah siap sekarang ya..."Pak Abdul tidak dapat menolak permintaan Nur kali ini untuk membawanya ke klinik.Sebelum ini juga dia menolak untuk dibawa ke klinik walaupun Nur berkeras.Namun kali ini dia terpaksa akur kerana dia paling tidak suka dan sedih melihat Nur menangis.Dia telah menjaga Nur selepas kematian ibunya akibat kanser hati semenjak dia berusia sepuluh tahun lagi.
   

     "Ayah tunggu sini ya,Nur nak pergi panggil teksi sekejap..."pinta Nur sebaik sahaja mereka keluar dari klinik tadi.
     "Baiklah Nur..."belum sempat Nur berganjak tiba-tiba seorang lelaki menghampiri Pak Abdul.
     "Pak Abdul kan?Masih ingat saya tak Hamdan anak Pak Musa..."Hamdan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
     "Ooo Hamdan dah besar kamu sekarang ya...kerja mana sekarang ni?tanya Pak Abdul setelah mula mengingat apa yang dikatakan Hamdan.
     "Saya buat bisnes kecil saja pakcik...ini anak pak cik ke?"jawab Hamdan sambil memandang ke arah Nur Amira.
     "Ini lah Nur anak pakcik satu-satunya..."
     "Apa khabar Nur?"Hamdan tersenyum.
     "Baik,terima kasih...marilah ayah kita cari teksi kat depan"
     "Nak balik kah biarlah saya hantar,lagipun banyak lagi nak bualkan dengan pakcik ni,bolehkan pakcik..."
     "Elok sangat lah tu..."sambung Pak Abdul.


     Dalam perjalanan Nur Amira perasan Hamdan mencuri-curi pandangnya di cermin membuatnya tak senang duduk.Hamdan seolah-olah terpaku melihat wajah Nur Amira yang berkulit cerah itu.Rambutnya lurus paras bahu,matanya agak besar bersinar,hidungnya sedikit mancung dan bibirnya mungil dengan sedikit pelembap bibir.
    "Nur tak sambung belajar kah?"tanya Hamdan menukar perbualan dia dengan Pak Abdul.
_bersambung_

   
   
   

No comments:

Post a Comment

Kisah Rumah Tangga

Premis : Kisah seorang isteri yang cuba menghalang suaminya berkahwin lagi satu namun dia cuma ada masa sebulan untuk memenangi semula hati ...